Pages

Monday, February 7, 2011

Mutiara Kata dari Syeikh Abdul Qodir Jailani (1-3)

Nasihat Pertama
" Cintailah Dia, beramallah demi-Nya, bukan demi yang lain selain Dia. Takutlah kepada-Nya, jangan kepada yang lain. Semuanya itu dengan hati, bukan dengan cakapan mulut. Itu semua ada dalam khalwat (bathin), bukan dalam jalwat (lahiriah). Jika tauhid di ambang pintu rumah, ternyata syirik bersemayam di dalamnya, maka demikian itu adalah “nifaq” (hipokrit). Hindarilah taqwa di mulut, liar di hati, syukur di lisan dan ingkar di hati. Celaka jika ucapan mulut tidak sama dengan qalbumu "
Petikan: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian). ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Nasihat Kedua
" Jadilah engkau orang yang berakal, dan janganlah jadi pendusta. Kau mengatakan, “Saya ini takut kepada Allah SWT, tetapi engkau justeru takut kepada selain-Nya. Janganlah engkau takut kepada jin, manusia dan malaikat. Janganlah takut kepada haiwan, baik yang dapat berbicara mahupun yang bisu. Juga jangan takut kepada siksaan dunia mahupun akhirat, tetapi takutlah kepada Zat yang menyiksa."
Petikan: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian). ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Nasihat Ketiga

“Ilmu pengatahuan itu tidak bermanfaat apabila tidak diamalkan. Dalam kegelapan, kamu memerlukan sedikit sinar, iaitu hukum Allah yang harus diamalkan hari demi hari, tahun demi tahun sehingga buahnya dapat kamu nikmati.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Petikan: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian).


" Kami dengar dan Kami taat "
" Hadirku ke dunia kerana-Mu Ya Allah "





No comments: