Pages

Saturday, March 19, 2011

Peringatan Untuk Orang-Orang Beriman....

Allah ( Azza Wajjalla ) berfirman: 'Wahai sekelain manusia,berbuatlah kebaikan,kerana kebaikan itu adalah menjadi kunci ke syurga,atau yang menarikmu ke syurga.Dan jauhilah kejahatn,kerana ia adalah kunci ke neraka dan yang menghalaumu ke sana.

'Wahai manusia,ketahuilah bahawa apa yang engkau bangunkan,akan hancur.Bahwa umurmu juga,akan sampai ke penghujungnya.Jasadmu adalah teruntuk buat tanah.Apa yang telah bersusah payah engkau mengumpulkanya untuk pewaris-pewarismu,maka kesenanganya bagi orang lain,sedangkan yang dihisab adalah engkau juga,engkaulah yang bakal menanggung balasanya dan yang menyesal.

'Ketahuilah bahawa yang menemanimu engkau di dalam kubur hanyalah amalan.Oleh itu,hisablah dirimu sebelum engkau dihisab,tetaplah dalam taat kepada-Ku,jauhilah daripada berbuat maksiat kepada-Ku,terimalah dengan reda dan senang hati apa yang telah Ku-berikan kepadamu,dan jadilah orang yang tahu berterima kasih....

'Wahai manusia,siapa yang melakukan suatu dosa tetapi ia tertawa,akan Ku-masukkan ke dalam neraka dalam keadaaan menangis.Siapa yang duduk menangis keraana sangat takut kepada-Ku,akan Ku-masukkan ia kedalam syurga dalam keadaan tertawa.

'Wahai manusia,banyak sekali orang kaya yang berangan-angan menjadi orang miskin dan fakir pada hari hisab,banyak sekali orang-orang yang bongkak menjadi mina-dina setelah hidupnya dirampas Malakulmaut,banyak yang manis menjadi pahit setelah mati,banyak sekali yang bersuka ria dengan kesenangannya menjadi sedih setelah maut tiba.Sering berlaku gara-gara kegembiraan yang sedikit sekali mengakibatkan kesedihan yang panjang.

'Wahai manusia,sekiranya binatang yang tidak berakal itu mengetahui 'maut' sebagai yang kamu ketahui,nescaya binatang-binatang itu tidak dapat makan minum sehinggan mereka mati kerana lapar dan dahaga.

'Wahai manusia,seandainya engkau diberitahu bila engkau mati dan bagaimana kesakitannya yang bersangatan nescaya engkau tidak pernah merasa tenang pada waktu malam dan siang.Betapa pun juga,sesudah kematian itu jauh lebih dahsyat daripada kematian itu sendiri!

'Wahai manusia,jadikanlah rahsianya dibelakangmu dengan balasan yang bakal engkau peroleh daripada kesenangan akhirat kelak.Kesalilah kebaikan-kebaikan yang telah pun engkau luputkan dan apa yang engkau nikmati ketika didunia janganlah jadikan ia suatu kegembiraan.Apa yang sudah luput daripadamu,janganlah menjadikan engkau berputus asa.

'Wahai manusia,daripada tanahlah engkau Ku-jadikan dan ke tanah jugalah engkau akan Ku-kembalikan dan dari tanah jugalah engkau akan Ku-bangkitkan.Ucapkanlah selamat tinggal untuk dunia dan bersiap-siaplah menuju akhirat(maut).Ketahuilah bahawa apabila Ku-cintai seorang hamba,Ku asingkan ia daripada dunia,lalu Aku tunjukkan ia cara amal untuk akhirat:Ku tunjukkan kepadanya aib dan cela dunia supaya ia menghindarinya,dan supaya ia beramal dengan amalan ahli syurga.Maka,Aku masukkanlah ia kedalam syurga dengan kasih-sayang-Ku.

'Dan apabila Aku memarahi seorang hamba,aku sibukkan dia dengan urusan dunia dan ia lupa kepada-Ku,dan Ku-tunjukkan baginya jalan untuk keduniaan,maka jadilah ia ahli neraka:dan Ku-masukkanlah ia kedalamnya.

'Wahai manusia,selanjut mana pun usia seseorang.tapi pasti akan berakhir.Dunia ini tidak ubah seperti lampu aladin yang hinggap sekejap,kemudian ia pergi untuk tidak kembali lagi.

'Wahai manusia,Akulah yang menciptakan engkau,dan Akulah yang memberi rezeki engkau,Akulah yang menghidupkan engkau,Akulah yang mematikan engkau,Akulah yang akan membangkitkan engkau,dan Akulah yang akan menghisab engkau.Jika engkau berbuat jahat,Aku melihatnya,walaupun engkau tidak memiliki keburukan atau manfaat bagi dirimu,begitu juga dengan maut,hidup dan hari kiamat.

'Wahai manusia,taat dan berkhidmatlah kepadaku,dan janganlah mengambil berat tentang rezeki,kerana rezeki telah Ku-selesaikan urusannya:dan jangan berdukacita atas sesuatu yang telah Ku-selesaikan urusannya untukmu.

'Wahai manusia,bagaimana engkau akan menanggung urusan sesuatu yang tidak ditentukan bagimu dan tidak mungkin mampu mengambil upah pekerjaan yang dibuat orang lain.

'Wahai manusia,jika jalan yang pasti ditempuh ialah maut,maka bagaimana orang masih bergembira?Jika rumah yang sebenarnya adalah kubur,maka bagaimana orang masih bersukaria lagi didalam rumahnya didunia?

'Wahai manusia,meskipun sedikit rezeki tapi disyukuri,adalah jauh lebih baik daripada rezeki yang banyak tapi tidak disyukuri.Wahai manusia,sebaik-baik bagi hartamu,ialah yang sudah engkau pergunakan untuk kebaikan,kerana banyak daripada hartamu terpaksa engkau tinggalkan didunia.Oleh itu,dahulukan hal yang baik bagi dirimu,engkau akan mendapatinya kembali disisi-Ku sebelum maut merampas hidupmu.

'Wahai manusia,orang yang berdukacita,Akulah yang menghilangkan kedukaannya:orang yang meminta ampun maka Akulah sahaja yang mengampuni dosanya.Orang yang taubat itu,Akulah yang membuatnya terhalang daripada melakukan dosa:orang yang telanjang pun Aku-lah yang memberi pakaian baginya;orang yang ketakutan juga Akulah yang mengamankan dirinya daripada rasa takutnya;orang yang lapar itu,Akulah yang mengenyangkanya.

'Jika si hamba berada dalam keadaan taat kepada-Ku,meredhai urusan-Ku,maka Aku mudahkan urusannya,Aku menutup kesalahannya,Aku lapangkan dadanya juga.

'Wahai Musa,sesiapa yang mencari kekayaan melalui harta fakir miskin dan anak yatim,Aku miskinkan dia didunia dan Aku azab dia di akhirat.Sesiapa yang angkuh terhadap orang fakir dan lemah,Aku runtuhkan binaannya pada akhir,kemudian Ku-tempatkan dia di neraka Sesngguhnya ini ada didalam suhuf-suhuf yag terdahulu iaitu suhif Ibrahim dan Musa'.