Pages

Tuesday, January 25, 2011

Susupan Petang...

Assalammualaikum WRT teman-teman di luar sane...apa khabar.?di harap kalian semua sihat-sihat semuanya ye...InsyaAllah...


2hari lepas ana balik ke rumah untuk 'jenguk' ayah yang keseorangan di kampung...melihat air wajah ayah...ana dapat merasakan,ayah masih lagi terasa kehilangan ibu tersayang 3minggu yang lalu..ayah masih lagi sedih dek kerana tiada lagi teman rapat yang boleh dibuat gurau senda dan berbual bicara...begitu juga dengan ana..di kala ini wajah ibu masih lagi terngiang-ngiang bermain di fikiran walau hakikatnya..kini ibu sudah mengadap Allah swt Yang Maha Pengcipta....'

Ya Allah..ampunilah dosa ibuku...terima kedatangannya sebagai tetamu-Mu yang mulia....lapang dan luaskanlah kuburnya..jadikan kuburnya sebagai salah satu taman-taman syurga yang Engkau janjikan buat hamba-Mu yang soleh...juga sebagai tmpat istirehat dari segala kepenatan ujian dan pancaroba dunia smntara menunggu hari kebangkitan yang mana semua makhluk-Mu di adili seadil-adilnya....Amiin Ya Robb.

Namun,disebalik ujian Allah ini...perlunya kita merenung dan sama-sama bermuhasabah bahawa Allah swt adakan kehidupan dan kematian ini sebagai ujian bagi hamba-Nya sesiapa diantara hamba yang lebih baik amalan di-sisi Tuhan-Nya...Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanyalah sekejap cuma..buat sementara belaka..semuanya pinjaman untuk kita...supaya beringat dunia ini bukan tmpat kita sbgai tujuan hidup..bkn sbgai tmpat untuk 'pulun' habis-habisan dengan nikmat dunia yang mana semuanya hanya tipu daya belaka.

Melihat dan memikirkan tentang 'habis umur' ini juga memang benar-benar menginsafkan bagi orang yang mengerti hakikatnya...kerana di saat itulah kita akan kembali kepada Pengcipta kita...kita kembali hanya keseorangan,tidak ada teman,harta,pangkat dan lain-lain yang yang dibawa bilamana berada di alam barzakh nnti...jika seseorg itu bersedia dengan bekalan amal yang sebaik-baiknya...alangkah beruntungnya orang itu,kerana amalan itulah yang bisa menemaninya sepanjang 'tidurnya'...sebaliknya,jika seseorang itu tidak bersedia bekalan amal dan terlena dengan kehidupan dunia...alangkah ruginya orang tersebut...sebab disini Allah swt telah mengungkapkan dalam al-quran tentang penyesalan mereka tatkala maut menjemputnya..namun.dikala ini penyesalan ini sudah terlambat.

" Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin."-QS-As-Sajdah-12.

Ayat quran di atas benar-benar menginsafkan dan segera mengingatkan kita semua agar menggunakan kesempatan hidup ini dengan membuat persiapan yang sebaik-baiknya dengan membekali amal-amal yang soleh...ia ibarat sang musafir yang mengembara di padang pasir yang luas dan berhenti di hentian R&R dibawah pokok yang rendang(dunia)..bagi menghilangkan kepenatan perjalanan..namun,sang musafir ini tahu dan tidak terlena or terbuai di hentian ini,ia perlu meneruskan perjalanannya lagi sehingga sampai kepada destinasi yang dituju iaitu akhirat.

Makam Tok Ku Paloh yang dikenali di Terengganu

Hanya sekadar itulah muhasabah buat diri ana untuk petang nie...InsyaAllah di lain hari..kita bersua lagi...salam ukhuwah.

No comments: